koLEKsi gamBAR koTAK Danboard.. -eEe cumil sgt-



















sape cakap gambar ni tak cumil, ini bermaksud mata die rosak (cepat2 g jmpe d0kt0r ye)
nak lebih banyak gambar ni
bukak link ni


_ minaH tuDUNG _

... Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ...
 Aku seorang gadis bertudung. walaupun tak la sampai labuh hingga ke bawah pinggang. mungkin kalau aku sekolah agama, aku akan melakukan itu. ye dulu aku memang akan dihantar ke sekolah agama mengikut jejak langkah kakak2 ku. tapi , entah apa halangan yang tak dapat dikenalpasti, aku akhirnye bersekolah di Mirror Hill High School (aceceh , kononnya, -Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cermin- ) ..memang aku nak sekolah di sekolah agama, teringin sangat nak jadi muslimah sejati. tapi dah takdir Allah kan. tapi tak kira sekolah dimana sebenarnya boleh je aku jadi muslimah sejati. namun syaitan berjaya jugak menghasut supaya leka dengan duniawi. aku insan yg lemah , yang mudah tergoda dengan godaan syaitan.
tapi Alhamdulillah, aku lahir dalam keluarga yang mendidik aku dengan didikan agama yang cukup. oleh itu sejak di pasti, sekolah rendah dan sekarang, aku sudah bertudung disekolah. bertudung di luar pulak sejak darjah 4. itupun terdidik dikampung mak yang berada di dalam kawasan p0nd0k yang menuntut ku agar sentiasa bertudung.
aku jugak mempunyai kawan yang tidak bertudung. ( rata2 tak pakai tudung ). aku cuba memberi nasihat. ada yang mengatakan "panas lah" .. kawan, diakhirat lagi panas
aku sedeh sebab tak berjaya mendorong mereka agar menjadi insan yang lebih baik.
walaupun aku kadang2 aku pun tak menutup aurat dengan betul. tapi aku akan pastikan, kalau aku bertudung, jangan pakai baju lengan pendek. aku tak boleh . rasa lain sangat kalau pakai lengan pendek dan bertudung.
alhamdulillah, sejak duduk dengan k.ngah, aku mula memakai stoking kaki pulak. harap terus kekal selamanya..
( Aku hanyalah insan biasa )
di bawah ni ade alasan yang sering mereka beri untuk mengelak dari betudung (copy) :

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

huKum bermain GITAR.


daH due 0rg tanye kat aku, ape hukum bermain gitar. aku nak jawab p0n tak reti n then aku search kat google dan Alhamdulillah jumpe. Kebetulan ape yg terkandung kat bl0g tu http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2009/11/hukum-main-gitar.html) same seperti yg terkandung dekat dalam buku "ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA"

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS (copy)

koNvokEsyeN ke-9





bismillah..assalamualaikum :]
berlalulah sudah konvokesyen seorang kakak yang bergelar KAK LONG. (tahniah)
parents mane yang tak suke kan bila anak dah graduet. (aku tumpang gembira)
insyaAllah, tahun2 akan datang, k.ngah dan k.teh(ecah) pulak.
aku bila pulak ? insyaAllah akn menyusul.
walaupun aku berfikir nak kerja dulu baru belajar.
tak nak pinjam PTPTN.
ye lah mmg sy0k kalau dapat pinjam PTPTN.
tpi nanti time nak bayar semula? adakah perasaan sy0k tu ade lagi?
tahUn 2012. peperiksaan terbesar akan berlaku pade semua BATCH 1995.
aku pun tergolong dalam kumpulan tu
SPM = SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
agak ngeri bila menyebut TIGA PERKATAAN tu.
aku yakin, selepas ni tidur aku tak selena sebelum ni kerana mimpi ngeri tu akan menamani ku sepanjang malam. (hak3)
ape pon, BE THE BEST to ALL.
INSYAALLAH kite semua boleh melakukan yang terbaek untuk diri masing2.



Fikirkan Boleh


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

kau yang bernama SAHABAT :]



Apa yang saya ada?
Tiada apa yang istimewa tentang saya
Cuma yang istumewa sikit ialah
HATI saya , nak tau kenapa ?
Sebab...
Dalam HATI saya ada semua teman yang saya sayangi :]
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Teman..kadangkala ku dahagakan perhatianmu shgga mengabaikan keperluanmu.
 Kadangkala kupinta masamu sehingga mencuri kelapangan masamu.
 Seringkali ku pinta kau mengerti sedangkanku tak pernah berusaha memahami.
Seringkali ku pinta kesempurnaanmu hingga ku lupe ku juga punya kekurangan. 
Maafkan ku teman kerana tak menjadi sahabat seperti yg diharapkan


PERSAHABATAN tu wujud dari sebuah PERKENALAN.
Dan PERKENALAN itu wujud daripada sebuah PERTEMUAN.
Jika hari ini dia datang, jangan biarkan dia berlalu pergi
Jika esok dia pergi, jangan mengharapkan dia datang kembali
Hargailah nilai dalam sebuah persahabatan, kerana disebalik persahabatan itu ada secebis kenanganyang tak dapat dilupakan.. :]
 

Persahabatan
Kekal
dalam
hati
jadi sejarang mana pun kita contact,
awak tetap kita ingati :}


letakkan SATU ruang untuk saya dalam HATI awak dan BUKAN dalam INGATAN awak
sebab INGATAN MUDAH TERLUPA tapi HATI SELALU MENGINGATI
miss u my frens :}

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

seorang teman bila berjauhan, dia akan menangis kerana rindu,
bila dekat, dia akan menangis kerana takut berpisah,
jika hari ni ia datang, jangan biar ia berlalu pergi.
Jika es0k dia bertandang, jangan harap ia kembali lagi.
Sesungguhnya yang indah itu PERTEMUAN, PERKENALAN dan PERSAHABATAN

peNAT menCARI SiNOPsis



dah berapa kali aku asyik d0k menekan kat papan kekunci ni , tapi mende yang dicari tak jugak keluar. haih . dimana dikau berada ? nak buat sendiri, buku pulak tak bawak. tu lah cerdik sangat. kan buku tu sangat2 diperlukan? bek tak yah pinjam kalau tak bawak sama p nilai. haih~ searh at google : sinopsis bab demi bab sutera dalam lukisan tingkatan lima. yg aku jumpa setakat ni sampai bab 7, bab 8 dan seterusnya tu aku tak jumpa lagi.. ad0ii mane aku nak cekau lagi 13 bab tuh ? dah lah novel tu aku tak sempat baca sampai habis . , wawaaaaaa mau nanges... help meee ~~

kePEnatan meLANda



memang tak de perasaan larh aku kalau cakap aku tak penat sebab aku mmg betoi2 penat nih. Lagi bertambah penat bile aku di tinggalkan kese0rangan di kedai ni. Mmg kelam kabut r aku. Cuak d0h. Tpi aku berlagak selamber je. Kadang2 aku ase nak tinggi cam 0rg len. Bukan aku tak bersyukur ngan tubuh kecik m0lek aku ni but aku memerlukan ketinggian semasa melayan pelanggan...Nak taw sebab pe ? sebab nye , mase nak amek jambu dari balang, nak ced0k air jambu dari balang , nak amek sweet c0rn dri mengukus, sememangnya memerlukan aku untuk mengj0ngket. Padahal tempat tu tak lah tinggi sangat , Cuma aku je yang rendah ~ahaks

AKAK, JAMBU SINGGIT YE” alamak ai. . kakak kat U ni panggil aku kakak d0h. Ape tak nampak ke muke aku ni muke kanak2 ribena  a.k.a  cute ? peggrrhhh , perasan giler aku ni. ~ahaks. Tambah nak gelak bile ade akk U tanya “ADIK TAHUN BERAPA? TAHUN SATU ? DUA” adeshh. Kak ,saya baru f0rm 4 larh. Haih. Dan tambah nak gelak bila k.ngah aku ni kelent0ng kengkawan die. “SAIBAH, NI KAWAN K0 KE ?” yang akk aku ni lak bantai g ngaku aku kawan die, tapi kawan die tak caye bile teng0k muka aku tahan gelak. Muka aku ni, s0km0 orang tak caya aku anak mak ngan ayah sebab diorang ckap muka aku len dri yang len. Haih ! same je lah. Tapi mula percaya sebab, abang aku sendiri b0leh kelent0ng kawan die cakap aku ni awez die n kawan2 die percaya bulat2 doh.

Balik dari kampus, lam kul enam, terus aku rebahkan kepala ni kat bantal dan terus terlena menandakan yang aku ni bet0i2 penat. Lenguh giler tangan ni. Bukan tangan je, kaki p0n same.

p/s = " intan , tolong picit kaki koi ". abes , aku kaki ngan tangan ni lenguh , sape nak picit kan ? ?

. belAjAr dAn terus belAjAr .


 hang0ut : sungAI PaHaNg



Hari ini genap 6 hari aku duk uma aki. Maybe , hari ni gak pakcik D anta aku balik rumah. Aku kalau b0leh nak duk sampai hari sabtu tapi akk aku lak na blik awal sebab nak uruskan pasal u die tuh. Semalam akk aku chek result n die dpt dipl0ma at uitm jengka.

Banyak yang aku belajar masa aku duk kg ni. Antaranya belajar wat lada s0l0k. Selalu nya beli kat pasar malam je , n sekarang aku mampu untuk wat sendiri. Sedap n pedas cikit. Lebihan klpe tu , kite0rang wat bentuk bulat , n taburkan sedikit tepung n g0reng. Lepas   ni aku nak wat kat umah pulak. Mesti mak terkejut. Mesti ayah suka. W0w tak sabar nak try kat umah.

Selain tu , aku belajar wat mengelim karipap (yang tepi karipap tu). Mula2 buat, bapak buruk nye. Tak menjadi k0t. Aku try wat lagi. Tak reti jugak. Makcu ajar lagi. Aku wat lagi n lama kelamaan , aku b0leh gak wat walau tak secantik yang makcu buat. Malam es0k nye , kau try wat lagi. Alhamdulillah , menjadi lebih cantik dari hari sebelumnya. Tarik n t0lak tepi. Tarik lagi n t0lak tepi n begitu larh seterusnya.

Aku jugak belajar cam ne nak wat kuih takung punya tapak. Yang bentuk petak tuh. Mula2 buat , aku berlagak reti sebab cam senang je. Buat2 , ampeh , tak jadi. Aku wat lagi , tak jadi jugak. Pastuh makcu ajar. Aku try wat , tak jadi n wat lagi sekali baru jadi. N aku wat sampai habis walaup0n kdg2 pening cikit mase na wat tuh.

And the last yang aku belajar, aku belajar wat kek c0kelat lagi sekali. Aku wat ape yang terkandung lam kertas resepi tuh. aku wat ngan sabar. Ta m0u 0ver c0nfident sangat. Takut tak jadi. Lepas ciap campur semua bahan , mase tuk kukus lak. Kukus selama 45 minit. N detik 45 minit tu aku menanti ngan penuh sabar. Betul lah kata 0rang , penantian itu satu penyeksaan. Tapi aku tahu , mase tetap akan berlalu , n saat itu tiba jugak. Aku angkat penutup kukus tu. 0k , kek cantik je , tak meletup cam aku wat. Aku tunggu kek tu sejuk baru telungkup. Alhamdulillah , mase telungkup , tak de masalah. Aku malas nak hias kek tu. Malas nak simpan barang2 hias tu nanti. Aku p0t0ng kek tu. W0w  berspan k0t. Tak padat cam aku wat. 0k . pas ni aku nak try wat kat umah pulak , wait n see je lah k, 

kedengaran bunyi mo0o0 !



Masa di tadika, semestinya kita mempelajari satu tajuk iaitu bunyi haiwan. Ok , m0o0oo,, bunyi apakah itu? Pastinya semua tahu bunyi tu. Bunyi ape lagi klu bukan bunyi lembu kan? Embeekkk, ni bunyi apa pulak? Semestinya kambing. Ok sebenarnya aku nak cerita pasal raya haji. Bukan nak ajar mengenal bunyi haiwan (hak3). Yelarh kan mase raya haji, bukan itu ke bunyi yang biase kita dengar?


Aku sebenarnya dah lupa , mase hari raya haji ape yang akan berlaku. Maka terl0ntar lah s0alan2 bodoh dari mulut ni. ‘Eh raya haji ade takbir ke ?’ . ‘ raya haji tak ade ziarah menziarahi ey ?’ . ‘ade solat hari raya gak ke?’. Tu antare s0alan yang terkeluar dari mulut ni. Haih, aku ni, macam baru tahun ni je lahir. Macam tak pernah raya je. Ala, lupe nak begitau, aku kan pelupa tahap petala kelapan.


Raya tahun ni aku raya kat kg sebelah ayah di Kuala Triang,Bera. Sebab raya kedua semua adek beradek ayah kene balik atas name Hari Keluarga. Ayah sebenarnya nak bgi usrah cikit kat adek beradek dia ni atau nak adekan perbincangan. Sebab seakan ade kepincangan dalam keluarga aki aku ni. S0 sebelum menjadi lebih teruk, kenelah selamatkan awal2. Tapi setakat ni baru ade 5 0rang family je yg balik. Dengar cite , yang len akan tolak lepas sembahyang raya. Tak sabar nak tunggu de tik tu , sebab mesti riuh tahap tak ingat dunia. Ye lah adek beradek ayah ade 11 orang k0t. Ramai tu. Mana tak bisingnya rumah aki n wan aku ni.


Sekarang ni aku tengah d0k relax2 taip dalam bilk. Malas nak mandi lagi. Pukul 12 kang baru mandi, n pakai bju raya. Sepupu aku dah bising ajak mandi, kate nya nak g umah jiran, nak makan kek.takut habis katanya. Ye lar sepupu 0ii. Aku nak abes da ni taip. Ok larh , aku INTAN SAKINAH ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua muslim di dunia ni. If ada terkasar bahasa , maaf kanlah, kire 0-0 ek? Ok , bubye2  , assalamualaikum semua J

Antara bergurau ade yang terguris
Antara tawa ade yang terluka
Antara pandang ade yang terjeling
Antara doa ade yang terlupe
Namun antara sedar dengan tidak
Kita pasti melakukan kisilapan.
Dengan ini dua belah tangan , saya pohon ampun &maaf dari kejauhan .

p/s = taip sambil dengar lagu sulis.sedap bet0i lagu Kuasa illahi ni.


Raya kedua : hampir 5 0rang dalam family aku aku ni yang sakit perut. Aku tak tahu ape yang dia0rang makan sampai sakit perut. Nasib bek lar aku tak sakit perut sekali. Kalau aku sakit perut , mesti kene berebut tandas macam ape yang berlaku antara emak n adek aku yang no-8(aiman). Pagi tu , bng0n kul 9pagi. Pagi tu dah kedengaran riuh rendah di dapur. Tu belum semua balik lagi, klau semua balik pasti riuh pnye r. Tgah hari tu sampai keluarga p0kde beserta anak2nya dan menantu. Selepas makan tengahhari, ade tahlil. Hanya adek beradek ayah sahaja. Selepas tahlil, ade bermusyawarah. Semua kumpu dal satu bulatan. Ayah mulakan mukadimah. Ayah beri peluang kepade adek beradeknye untuk bersuara. Beri pndapat yang boleh membina. Semua ade yang tak puas hati. Semua disuarakan. Tiba2 ade kendengaran halilintar. Suara pakcu! Die marah! Die kata nape tak beritahu awal2 nak adekan perjumpaan. Kenapa die dipinggirkan?. Semu cuba untuk menenangkan. Pakcu berlalu ke dapur. Duduk bersendirian di situ. Aku pelik! Tak akan itu pun nak marah  k0t . bukan ke die mmg duduk kat umah aki ni ? kenape die marah sangat? 0h lupa dikan ade penyakit panas baran.start dalam kul 3pm and berakhir sejam kemudian kerana ramai yang nak balik petang tu. Ade yang bersekolah. Ade yang bekerja hari es0k nye. Petang tu rumah aki dah lenggang. Tinggal family aku je . dalam kul 6.45pm, ayah p0n gerak mngglkan rumah aki. Aku tak sedar mase bila ayah blah sebab aku tid0 mase tuh. N tinggal lah aku n akk aku kat uma aki tu sebab mmg niat nak tidur kg lme sikit.

< mErDeKa sUda > BUT .....



Jgn cakap aku tak amek taw sal kemerdekaan negara lak , merdeka kat sini means aku bebas dri sebarang peperiksaan. Aku bru je merdeka pade 2/11/11 yang lalu. Teringat mase pekse, klu ase ade s0alan yg tak pham, tekan kalkulat0r , n then bgi kwn bce, insyaAllah , kawan akn t0l0ng. Shuhhh senyap taw , ni secret antare kita je . ha3. Aku selalu ingat ayat dri salah seorang cikgu paling garang kat sekolah aku , JANGAN MATI SEBELUM MATI = jangan tidur dalam dewan pekse. Kalau degil n time tu cikgu tu tengah r0nda , mmg siap r , ade kne sepak meja , mmg malu r. (ade pnglaman taw , ha3)

Bile pekse akhir tahun da abes , lega rasenye kple 0tak ni. Tapiii. . ingat kan pas pekse ni ley larh relax2 tpi 0h my g0d! ULBS pulak menanti.~NGEEE , mmg sengal larh.  S0 untuk amek jln mudah, aku nak bce sin0psis cerita je (amek dari majalah s0lusi di page akhir sekali). Senang, tak yah hafal stanza yang pnjang2 yang smpai 6 stanza tu. Tpi 0rg ckp bek wat kumpulan , tapi aku tak nak. Sebab tak taw nak wat pe, msak2? Bahas? .

Lepas raya haji ni (selasa) ulbs akan berlans0ng. Kalau nak ik0tkan hati, aku nak buat sehari selepas pekse,( pekse abes hari rabu ,ari ni = khamis) , senang . sebab ape senang ? sebab senang aku nak p0nteng hari selasa tuh. Aku berangan nak d0k kg lame ckit, nak blaja wat kek lagi. Tapi bile da ramai nak wat hari selasa, terpakse r aku ik0t sekali. Eee , aku tak setuhju sebenarnye. Tapi aku kene memahami perasan dak kelas aku tu yg rata2nye tak hafal lagi ape yg nak dibace mase ULBS tu.

p/s = ULBS means Ujian Lisan Berasaskan Sekolah

: 工 ♥ ㄚ◯∪ !



Cinta hanya untuk SUAMI. Takkan kukongsi
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu FITRAH. Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak diredhai, ia akan bertukar menjadi FITNAH. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia menjadi Tawar dan Hambar, hilanglah kemanisan.
Aku nekad, selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sekali-kali kuserahkan hati ini kepada seorang lelaki. Biarlah cintaku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama suami. Ini tekadku !
Aku tidak mahu terjebak dengan kancah CINTA PALSU.

Saranan doa ajaran Rasulullah SAW:
Maksudnya: Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keterunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa. (Surah al-Furqan 25:74)
Hadis:
1.Maksudnya: “sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian dating menjemputnya, maka dia adalah seorang yang shahid.”
Riwayat lain pula:
 2.maksudnya: “sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang shahid”
#1.riwayat Hakim, ibn asakir, al dailimi, dan lain-lain#



BAHAYA CINTA SEBELUM BERKAHWIN 

1 .Pasti kelak diriku IBARAT LEMBU yang ditarik hidung oleh nafsu.
2. MENYIBUKKAN HATI MERINDUI makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya
3.Hati akan TERSEKSA dengan barah rindu.
4.RINDU PALSU akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
5.CINTA LALAI akan menyebabkanku alpa daripada menpersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
6.Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta.
7.FITNAH CINTA ibarat racun yang akan membunuh akal ,jiwa, dan perasaan.
8.JIWAKU TERGANGGU dalam menilai mana yang baik , mana yang buruk untuk diriku.
9.Jika aku berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas DASAR MAKSIAT , yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
NAUZUBILLAH !

TIPS MENEPIS CINTA REMAJA
1.Tegas dengan prinsip diri.
2. meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
3. Bersahabat dengan rakan2 sejantina yg solehah .
4. Mengekang hawa nafsu.
5. mendekati majlis ilmu
6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.
7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

BAHANA CINTA :
Seorang pensyair arab berkata :
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
Namun ketika sese0rang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia di dalamnya , tak tertolong lagi

*Dipetik dari buku PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL . Karya Fatimah Syarha*

_HaDiRnYa TeMaN DI SiSi_






bingkisan ni ku tujukan buat kengkawan yg pernah hadir dalam hidup ku selama 16 tahun ni. Aku buat bingkisan ni sebab terasa tercabar dengan kata2 se0rang sahabat di fb. Aku jelez teng0k zer0xx asyik wat ayt jiwang kat fb yg 0riginali dari hati (0rg tgh bercinta katakan ) . pastu die ckp , aku p0n b0leh buat , n then aku p0n try buat, tapi ta mau ayt2 jiwang ni , zaman jiwang aku dah berlalu , s0 aku tulis bingkisan ni especially untuk my frens yg ade saat aku susah dan senang ,

Cinta,
Dulu aku pernah memiliki cinta,
Meskipun hanya sekadar cinta m0nyet,
Namun sudah cukup untuk mendewasakan aku ,
Cinta m0nyet , ianya datang dan pergi ,
Hanya cinta sejati yang selamanya ,
Hanya cinta sejati yang membahagiakan ,
Hanya cinta sejati yang utuh dihati ,
Namun hadirnya cinta tidak setanding  hadirnya se0rang teman di sisi,
Hadirnya teman , mampu mengubat luka di hati ,
Hadirnya teman , tempat mencurah segala yang terbuku dihati,
Hadirnya teman , menceriakan suasana ,
Hadirnya teman , membantu ketika susah dan senang,
Hadirnya teman , tidak mengira rupa paras dan harta,
Hanya keikhlasan yang diperlukan ,
Meskipun,dengan celoteh yang tidak sengaja,telah menguris hati seorang teman,
Namun ianya adalah asam garam dalam persahabatan ,
Tiada istilah ‘bekas kawan’ sepanjang  hidup ,
Kerana teman , adalah sahabat sehingga mati ,
Duhai sahabat ,
Dengarlah bingkisan ini ,
Kutujukan buat dirimu yang bergelar teman buat diriku ,
Maafkan diri ini , andai ketika menutur bicara ,
Telah melukai hatimu secara sengaja mahupun secara tidak sengaja ,
Aku hanyalah insan biasa ,
Yang tak lari daripada melakukan kesilapan ,
Kerana segala yang buruk itu datangnya dari aku sendiri ,
Dan segala yang baik itu datang dariNya
Ingatlah  wahai teman ,
Kawan ketika senang mudah dicari ,
Kawan ketika menangis , susah ditemu . . . .
KAU bukan KAWANKU SELAMANYA . .