DOA


Assalamualaikum.

Rindu nak tulis-tulis kat blog ni, dan alhamdulillah, niat tu tercapai jugak hari ni.
Post kali ni aku nak cakap pasal DOA. Rasanya semua tahu ape itu DOA kan? hakta mereka yang bukan Islam pon melakukannya. Ok kita mulakan bercakap pasal doa ye, yang aku petik ayat-ayat ni dari novel Hlovate [tunas]

Doa itu Wireless.

Anytime Anywhere.

dan Coveragenya luas.

di mana-mana saja Signal Bar Penuh lima.


mari kita lihat waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa :
~ waktu antara azan dan iqamat
~ waktu sujud dalam solat
~ waktu wukuf di arafah
~ waktu selepas khatam
~ waktu sebelum masuk waktu subuh
~ waktu sepertiga malam
~ waktu selepas setiap kali solat fardu
~ waktu dalam perang & darurat
~ waktu dizalimi
~ waktu malam jumaat
~ waktu malam lailatu qadar
~ juga doa bagi anak-anak yang taat pada ibubapa


nak keputusan cemerlang dalam exam, ALLAH yg tentu kan, right ?
jadi pastikan doa kita kepada ALLAH tak putus.
bila berdoa, jangan lupa untuk berselawat.
Sebab selawat tu umpama SETEM yang nak membawa doa ke langit.
Doa juga senjata bagi org Islam.

ALLAH itu Maha Mendengar. Maka berdoalah.

Bila ALLAH mengabulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila ALLAH lambat makbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu,
Bila ALLAH tidak makbulkan doamu, Maka Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untukmu