5 Saudara 5 Saudari




OK. Assalamualikum guysss. XD

Baru kali ni lha berkesempatan nak cerita pasal Kawan MukaBuku. Tu pun selepas tengok nama aku ada mention dalam Blog Ijah >.< Baru ada semangat. Jyeahhh

Ok. gambar gambar diatas tu gambar geng aku di Facebook. Kami bertemu dilaman MukaBuku dalam sebuah Group yang ditubuhkan oleh Taiko Dota [Afiq Aiman] 
Hampir setahun lebih jugak usia perkenalan kami.
Kepada Admin group, ucapan Terima Kasih sangat kepada kamu.
Kerana Allah juga kami bertemu :)

Kami tak pernah berjumpa. Hanya berjumpa di Facebook saja. 
Teringin juga nak berjumpa. 
Tapi masing2 jauh. Hmmm :3

Aku dan Amx sama negeri. [ Pahang ]
Ummi sama dengan Fatin [ Johor ]
Shah [ Selangor
Yus [ KL ]
Dayah [ Kedah ]
Ijah dan Amirul [ Perak ]
Muz [ Melaka ]

Kadang-kadang ada jugak berlaku pergaduhan. Hahaha. Macam lawak.
Tapi Alhamdulillah masing masing cepat mintak Maaf.
Aku ngan Muz pun dah ok. Dia pun start tegur balik. Ngan Amx pun dah boleh main komen-komen.
Satu perubahan kematangan XD

Sejujurnya. Dengan budak2 Facebook aku lebih rapat berbanding Kawan real2. Mereka pendengar masalah yg setia. Yeahha. 

Serius syg korang.

Ni baru 9 org. 
Belum sebut yang lain-lain lagi.
Kalau sebut mmg tak tersebut sebab banyak sgt.
hahaha.

~ End ~

End tiba-tiba kerana takde ayat dah. Nanti ada ayat sambung balik. Hahaha

[ Sambungan ]

Yeahhaa. Result keluar akhirnya.
Gud Luck kat korang.
Bila ditilik balik. Macam result aku je yg paling terok.
XD
Pepun Tahniah korang !
Jumpa kat U eh ? :*
Aku cadang nak masuk Form six takpun Pra Diploma :3

# Tahniah jugak dekat Mr S yang sipi2 lagi nak straight A :)
Semoga Impian nak jadi Doktor tercapai.
Forget Me Not #

Blog dah ada lagu lhaa. Toing2



First sekali nak ucap TERIMA KASIH dekat kawan facebook aku yang nama nya Hasmira Hakimi. Dia yang tolong isikan lagu ni. Baikkan dia ? Dah lha comel pendek pulak tu. Hahaha. [ Jangan marah ye syg, sy pun pendek jugak. hoho ]

Sebelum ni. Blog ni mmg dah ada lagu. Mahar Cinta tajuk nya. Tapi lepas kene edit oleh Amx Sparrow [ Kwn Mukabuku juga ] , lagu tu dah takde, digantikan pula dengan Radio IKIM. Tapi syg tak boleh dengar. Hmmm.

Dan sekarang lagu tu kembali ada. Ditambah pula dengan lagu Bunga-Bunga Cinta. Sukanya dalam hati hanya Allah mengetahui. Huhuhu.


Sahabatku, aku bukan sahabatmu



Fifie. Serius Intan tak tahu kenapa tiba-tiba Fifie menyepi. Intan msg tak balas, Intan Call tak angkat. Pelik ! Sebelum tu Fifie msg ckp ade kerja kena buat, nanti Fifie msg Intan balik. Tapi sampai sekarang takde pun msg Fifie tu. Dah lama sangat Intan tunggu Fifie balas msg tahu tak. Dah berminggu-minggu. Serius Intan risau dengan perubahan ni.

Semalam Intan on9. Intan pergi Twitter Fifie. Tengok-tengok Intan tak follow Fifie dah. Intan try follow lagi sekali. Tak boleh ! Intan dah di block ! Terkejut giler !. Lepas tu terus Intan pergi kat Facebook, check situ pulak. Mula mula pergi akaun Intan Sakinah Norbawi. Search nama Fifie. Tak naik ! Lepas tu intan log out, pergi akaun Intan Jerh pulak. Tetap sama, tak jumpa ! Untuk kepastian, Intan try mention nama Fifie kat Group Batch 1995, Tak naik !

Terus Log Out. Sedih ! Terkejut ! Kenapa Fifie ? If Intan ade luka kan hati Fifie, bagi tahu lha. If Intan ade buat salah, tegur Intan, boleh Intan perbaiki kesilapan Intan tu. Jangan lhaa tiba-tiba macam ni. Intan nak kita kawan macam dulu. Hepi caling caling :'( bercerita, tanya khabar semua tu.

Tapi. Intan kena Redha. Mungkin Intan bukan kawan terbaik Fifie lagi. Apapun Intan minta maaf sangat-sangat kalau dah lukakan hati Fifie secara sengaja atau tak. Fifie kena tahu yang Intan sayang Fifie :* . Love u Lillahi Ta'ala !

' Jadilah sahabat kepada orang lain, dan jangan sesekali kita tuntut orang lain menjadi sahabat kita ' - Intan cuba untuk tidak menuntut :')