JADILAH SEPERTI IKAN DILAUT





Perhatikan ikan yang hidup di dalam laut. Walaupun air laut itu masin semasin-masinya, tetapi aneh… isi atau daging ikan tetap tidak masin.
Ertinya ikan tetap mengekalkan identity dan jati dirinya yang tetap tawar walaupun dikelilingi air laut yang sangat masin.

Inilah yang kita boleh pelajari dari ikan. Jangan sekali-kali dicorakkan oleh suasana, sekiranya suasana yang kita hadapi itu negatif. Sebaliknya, kekalkanlah pegangan, akhlak, dan perangai kita. Bahkan kalau mampu, kitalah yang mesti mengubah dan mencorakkan suasana. 

Jadilah seperti ikan di laut 

Kambing dan telaga buta








KAMBING DAN TELAGA BUTA

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. 

 Perbincangan mereka telah mengambil masa beberapa hari. Malangnya mereka tidak menemui cara untuk keluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak akan diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

 Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar jatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup pula oleh penduduk kampong. 

 Pasti tamat riwayat hidup si kambing. Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan mengoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak pedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girang :D

P e n g a j a r a n : 

ALLAH berfirman yang bermaksud: “kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya
(surah al-inshirah 94:5-6)

Usia akan berakhir tetapi biarlah pahala terus mengalir