: 工 ♥ ㄚ◯∪ !



Cinta hanya untuk SUAMI. Takkan kukongsi
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu FITRAH. Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak diredhai, ia akan bertukar menjadi FITNAH. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia menjadi Tawar dan Hambar, hilanglah kemanisan.
Aku nekad, selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sekali-kali kuserahkan hati ini kepada seorang lelaki. Biarlah cintaku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama suami. Ini tekadku !
Aku tidak mahu terjebak dengan kancah CINTA PALSU.

Saranan doa ajaran Rasulullah SAW:
Maksudnya: Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keterunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa. (Surah al-Furqan 25:74)
Hadis:
1.Maksudnya: “sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian dating menjemputnya, maka dia adalah seorang yang shahid.”
Riwayat lain pula:
 2.maksudnya: “sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang shahid”
#1.riwayat Hakim, ibn asakir, al dailimi, dan lain-lain#



BAHAYA CINTA SEBELUM BERKAHWIN 

1 .Pasti kelak diriku IBARAT LEMBU yang ditarik hidung oleh nafsu.
2. MENYIBUKKAN HATI MERINDUI makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya
3.Hati akan TERSEKSA dengan barah rindu.
4.RINDU PALSU akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
5.CINTA LALAI akan menyebabkanku alpa daripada menpersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
6.Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta.
7.FITNAH CINTA ibarat racun yang akan membunuh akal ,jiwa, dan perasaan.
8.JIWAKU TERGANGGU dalam menilai mana yang baik , mana yang buruk untuk diriku.
9.Jika aku berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas DASAR MAKSIAT , yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
NAUZUBILLAH !

TIPS MENEPIS CINTA REMAJA
1.Tegas dengan prinsip diri.
2. meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
3. Bersahabat dengan rakan2 sejantina yg solehah .
4. Mengekang hawa nafsu.
5. mendekati majlis ilmu
6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.
7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

BAHANA CINTA :
Seorang pensyair arab berkata :
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
Namun ketika sese0rang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia di dalamnya , tak tertolong lagi

*Dipetik dari buku PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL . Karya Fatimah Syarha*

0 comments: