_ minaH tuDUNG _

... Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ...
 Aku seorang gadis bertudung. walaupun tak la sampai labuh hingga ke bawah pinggang. mungkin kalau aku sekolah agama, aku akan melakukan itu. ye dulu aku memang akan dihantar ke sekolah agama mengikut jejak langkah kakak2 ku. tapi , entah apa halangan yang tak dapat dikenalpasti, aku akhirnye bersekolah di Mirror Hill High School (aceceh , kononnya, -Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cermin- ) ..memang aku nak sekolah di sekolah agama, teringin sangat nak jadi muslimah sejati. tapi dah takdir Allah kan. tapi tak kira sekolah dimana sebenarnya boleh je aku jadi muslimah sejati. namun syaitan berjaya jugak menghasut supaya leka dengan duniawi. aku insan yg lemah , yang mudah tergoda dengan godaan syaitan.
tapi Alhamdulillah, aku lahir dalam keluarga yang mendidik aku dengan didikan agama yang cukup. oleh itu sejak di pasti, sekolah rendah dan sekarang, aku sudah bertudung disekolah. bertudung di luar pulak sejak darjah 4. itupun terdidik dikampung mak yang berada di dalam kawasan p0nd0k yang menuntut ku agar sentiasa bertudung.
aku jugak mempunyai kawan yang tidak bertudung. ( rata2 tak pakai tudung ). aku cuba memberi nasihat. ada yang mengatakan "panas lah" .. kawan, diakhirat lagi panas
aku sedeh sebab tak berjaya mendorong mereka agar menjadi insan yang lebih baik.
walaupun aku kadang2 aku pun tak menutup aurat dengan betul. tapi aku akan pastikan, kalau aku bertudung, jangan pakai baju lengan pendek. aku tak boleh . rasa lain sangat kalau pakai lengan pendek dan bertudung.
alhamdulillah, sejak duduk dengan k.ngah, aku mula memakai stoking kaki pulak. harap terus kekal selamanya..
( Aku hanyalah insan biasa )
di bawah ni ade alasan yang sering mereka beri untuk mengelak dari betudung (copy) :

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

1 comments:

  bidadari_uhud

12 December 2011 at 21:37

yg penting niat..buat semua pkara lillahita'ala, bukan sebab manusia suruh, bukan sebab persekitaran, bukan sebab dunia..
apa yg Allah suruh 2 adalah untuk kebaikan kita jugak..pasakkan lailahaillaallah sekukuh-kukuhnya dalam hati..bangun tido je,Allah, nak buat apa saje-Allah, naktido pun-Allah...
im not good enough, but i will try my best..
love you~