Rindu AYAH lhaaa :(

Dah nak masuk seminggu duk kat sini. Kat rumah pak ndak. Aku dtg sini tlg mak ndak jual2. Cari duet sikit2 sementara tunggu result SPM ni.

Sepanjang aku duk sini, aku nampak satu kelibat klon ayah kat sini. Pak ndak. Ya. mcm ayah. Cara dia layan anak2 dia, dan isteri. Wajah pun ada iras2 sikit. Cuma bezanya Pak ndak tinggi dan kurus.

Ye aku nak cakap yang aku rindu Ayah. Rindu sangat2 dengan ayah yang suka menyakat tu.

Teringat: Kalau kiteorang tidur lepas subuh, mesti ayah datang ganggu.Ayah masuk bilik kiteorang. Ayah dodoikan kiteorang dengan tepukan2 yang kuat. Terganggu lena kiteorang. Sambil tu mulut ayah becok ajak berbual2. Kadang ade je soalan luar alam yang mengganggu kenikmatan tidur kiteorang. Ayah akan buat macam tu sampai kiteorang bangun.

Ye. Kadang2 masa ayah dtg kacau tu, mulut ni ada terlepas kata. Marah kerana lena diganggu. Maaf kan kami ayah. Kami sayang ayah. Sayang sangat2 tau. Muahhh ni ciuman untuk ayah kat pipi dan dahi.

Ayah. Intan rindu nak solat berjemaah ngan ayah lhaaa. :((


Saya merindui mereka sekarang ni !

Yipieeee ! Seronok giler dapat update post! heh. Opss Asssalamualaikum ! Morning !

Aku sebenarnya nak upload gambar-gambar sekolah. Kenangan kot ~ Kasi Syahdu pagi-pagi je ingat kat depa sekelas :(

Ni haa gamba mereka2 yang dirindui !

Miss Putrajaya Big time Lorhh :(

 Ha ni dia GM disayangi ! a.k.a jiran.

Smart tak sekolah aku ? Heh

Bajet je lebeh ni.

seperti yg dikatakan, ini memori terindah ! 4 hari selepas SPM bermula

Scandal akhir tahun ! Heh

Dayah & Safura

Open Hause rumah cikgu Bio :)

Jamuan Kelas yg terakhir :(
Start dari kiri:
Tiqah(bdk baru), Fina, Hajar, Safura, Dayah.

Yang paling rapat :)

Leha & Hajar

Arafat & Zairul

 Ni Bob. Bukan budak kelas aku. budak kelas bawah. dikatakan bawah sebb kelas dia bawah tingkat kiteorg.

 Moto baru ketua Kelas kiteorang. Betapa Kekok nye dia ! haha
Shamsul Azli

Si Gila2. takde die sunyi kelas. Ada die bergegar kelas dengan ketawa kiteorg tgok aksi spontan dia.

Si mamat perasan. Dikatanya dia husband Leha !

Tak paham kenapa perlunya dieorang menyorok rokok kat belakang tu.. -.- pelik.
Dendit, Nizal(bukan budak kelas) Arafat, Arif

Yang tgh nak luruskan kan graf tu Fizi. Budak baru. Budak Cerdik meyhh
Yang sorang lagi Aziz. Diam pemalu tahap apa tah ! boleh bilang dengan jari berapa patah perkataan je yang keluar dari mulut dia ! sumpah tak tipu.

Si Gila2 bersama teman nya yang tidak kurang hebatnya gila. Mamat yang takde perasaan bila buat lawak
Andi & Nadzren

Ni Geng dieorang sebenarnya. Geng Si Kenet

Kerja gila selepas tamat paper akhir. !


Ok cukup tak sembilan belas orang ? ramaikan budak kelas aku ? -.-

Hanya Kerana Kejujuran




12.12.12. Tarikh semalam. Tarikh sangat best. Tapi tak jadi hari paling best dalam hidup aku. Jadi hari paling menyedihkan adalah. LOL. Ye. sangat sedih dowh.  Tapi mungkin ianya boleh menjadi pengajaran untuk hari-hari mendatang. :)

Apa lhaa aku merepek kat blog pepagi buta ni. haiya ~ -.- .

Dah lama tak post sini. SPM pun dah berlalu pergi. Aku pun dah selamat tiba kat Kelantan ni. Haaa hari ni genab Dua minggu kat sini. XD. Aku nak cerita apa sebenarnya nih ? Macam dah merepek je. Ni semua pasal semalam la ni. Hailoh3.

Ye. Semalam aku dah lukakan dua orang manusia :') .. Sebab tu aku mamai semacam je pagi ni. Ni lah padahnya bila dah buat hidup orang jadi tak tenteram, dan akhirnya diri sendiri hidup kucar kacir. Huh !

chin chau dulu lhaa. Assalamualaikum :)

Photoscape

Assalammualaikum..

na kasi tau. post ni boleh dikatakan post terakhir sebelum 5.9.2o12.
esok kakngah dah balik U, lappy sape lagi aku nak guna untuk ber on9. Netbuk sendiri pun dah kene hempas >.<

[ Kaklong dah balik Sabah
Kakngah sedang menghabiskan cuti sem yg brbaki lagi satu hari.
Kakteh pun dah balik U die at Jengka tu.

Lepas ni aku pegang jawatan KakYong la jawabnya kat umah. Wahai adik-adik tersayang, sila jaga tingkah laku jika taknak kene tindakan tatasusila.

Heh~sengih jahat.
]

Sebelum aku cau, aku nak tunjuk sikit apa yang aku buat sepanjang ade lappy kat rumah .. Apa lagi kalau buakan EDIT ~




















Sebenarnya ada lagi, tapi yang lain entah campak kat mana . hee :)


Raya datang lagi meyhh

Raya ? 
serius macam tak raya je. 
Sebab pertama kalinye dalam hidup aku tak dengar pengumuman dan takbir raya !
Astro rumah aki tibe tak leh pakai.
oleh sebab tu takbir tidak kedengaran dan pengumuman raya tidak diketahui.
Malam raya riuh dengan mercun ngan bunga api* je.
main lawan2 bunga api* dengan jiran sebelah rumah.

yang paling menakutkan, bunga api yang sepatutnye lepas ke atas,
meluru melencong ke tempat lain.
nasib baik lima das je.
ape yang penting, selepas tu semua kene tazkirah free dari ayah.
semua insaf tak nak main.
lebihan bunga api yang selebihnye pula dibuang ke sungai =.=

ok, sampai kat sini je cite aku. lihat gambar pula ok ? XD

mak dan ayah <3


with sepupu n mak sedare

abang n kakak ^^

ABANG



adik paling rapat kot. die form 4 ^^

JADILAH SEPERTI IKAN DILAUT





Perhatikan ikan yang hidup di dalam laut. Walaupun air laut itu masin semasin-masinya, tetapi aneh… isi atau daging ikan tetap tidak masin.
Ertinya ikan tetap mengekalkan identity dan jati dirinya yang tetap tawar walaupun dikelilingi air laut yang sangat masin.

Inilah yang kita boleh pelajari dari ikan. Jangan sekali-kali dicorakkan oleh suasana, sekiranya suasana yang kita hadapi itu negatif. Sebaliknya, kekalkanlah pegangan, akhlak, dan perangai kita. Bahkan kalau mampu, kitalah yang mesti mengubah dan mencorakkan suasana. 

Jadilah seperti ikan di laut 

Kambing dan telaga buta








KAMBING DAN TELAGA BUTA

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. 

 Perbincangan mereka telah mengambil masa beberapa hari. Malangnya mereka tidak menemui cara untuk keluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak akan diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

 Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar jatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup pula oleh penduduk kampong. 

 Pasti tamat riwayat hidup si kambing. Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan mengoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak pedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girang :D

P e n g a j a r a n : 

ALLAH berfirman yang bermaksud: “kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya”
(surah al-inshirah 94:5-6)

Usia akan berakhir tetapi biarlah pahala terus mengalir