Rindu AYAH lhaaa :(

Dah nak masuk seminggu duk kat sini. Kat rumah pak ndak. Aku dtg sini tlg mak ndak jual2. Cari duet sikit2 sementara tunggu result SPM ni.

Sepanjang aku duk sini, aku nampak satu kelibat klon ayah kat sini. Pak ndak. Ya. mcm ayah. Cara dia layan anak2 dia, dan isteri. Wajah pun ada iras2 sikit. Cuma bezanya Pak ndak tinggi dan kurus.

Ye aku nak cakap yang aku rindu Ayah. Rindu sangat2 dengan ayah yang suka menyakat tu.

Teringat: Kalau kiteorang tidur lepas subuh, mesti ayah datang ganggu.Ayah masuk bilik kiteorang. Ayah dodoikan kiteorang dengan tepukan2 yang kuat. Terganggu lena kiteorang. Sambil tu mulut ayah becok ajak berbual2. Kadang ade je soalan luar alam yang mengganggu kenikmatan tidur kiteorang. Ayah akan buat macam tu sampai kiteorang bangun.

Ye. Kadang2 masa ayah dtg kacau tu, mulut ni ada terlepas kata. Marah kerana lena diganggu. Maaf kan kami ayah. Kami sayang ayah. Sayang sangat2 tau. Muahhh ni ciuman untuk ayah kat pipi dan dahi.

Ayah. Intan rindu nak solat berjemaah ngan ayah lhaaa. :((


0 comments: