Aiskrim2 ^^


 cikit je bahan nye pun. 4 je. yang lain ik0t suke nak letak ke tak
1.susu 1 tin 
2. tepung jagung
3. esen vanila
4. ovalet.



 jagung, vanila, n nescafe


BAHAN-BAHAN
1 tin susu pekat manis
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
Pewarna merah jambu
Sedikit perisa strawberry


CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk


2. Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)


3. Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)


4. Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu


5. Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla


6. Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan


Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat

7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian

 
Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)
Saya bancuh serbuk koko dengan sedikit air panas,pastu masukkan dalam adunan dan pukul dengan mixer sekejap
Pastu boleh le dicorakkan aiskrim tu cam nak buat marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais


Bila dah beku/keras boleh la dinikmati..

0 comments: